Rabu, 16 Julai 2008

Tetamu Yang Tidak Disangka-sangka

Sinar matahari sangat terik.semua ahli keluarga yang berada di rumah sedang bermalas-malas. Adik-adik saya sedang bermain-main dengan kucing kami. Saya pula sedang mencari-cari maklumat di sebuah lelaman Internet.Ibu pula sedang menonton televisyen dengan ayah.Hari itu sangat bosan.
Tiba-tiba, pintu rumah diketuk. Ayah berlari keluar dari bilik untuk membuka pintu. Di hadapan pintu ada seorang pemuda yang sedang menjual cenderahati dari negeri-negeri asia. Saya pun bergegas keluar untuk melihat siapa yang mengetuk tadi. Saya pun teringat muka pemuda itu. Saya pernah bergaduh dengannya di bawah blok saya. Dia sedang menunggu kawannya yabg tinggal berdekatan. Saya sedang berjalan pulang dari sekolah sambil membaca buku. Kata-kata cikgu masih berada di fikiran saya. Saya pun terlanggar pemuda itu. Pemuda itu bermula menasihati saya supaya berhati-hati apabila berjalan. Saya tidak mahu mendengar nasihat daripada sesiapa lagi, tadi di sekolah cikgu telah menasihati kami supaya belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan nanti. Sekarang seorang pemuda sedang menasihati saya. Saya berdiri di hadapan bilik saya melihati ayah saya membeli beberapa cenderahati dari Cina. Ayah menjemput pemuda itu untuk masuk dan makan malam bersama keluarga kami. Tiba-tiba, pemuda itu berkata dia saudaraku.Kami sekeluarga terkejut mendengar perkataannya. Dia pun menjelasi kenapa dia berada di Singapura. Dia berkata dia baru sahaja pulang dari mengelilingi negara-negara di asia. Sebelum dia balik ke Indonesia dia ditelefon ibunya. Ibunya kata bahawa dia harus pergi ke Brunei untuk menguruskan pekerjaan. Ibunya menyuruhnya tinggal bersama kami di Singapura sementara ibunya ke Brunei. Ibu pun menjelaskan bahawa kakaknya telah menelefon untuk memberitahu dia akan pergi ke Brueni untuk mengurus pekerjaan.kakaknya juga berkata anaknya akan tinggal bersama kami. Selepas makan kami pula bercakap-cakap sementara menunggu ibu menyiapkan bilik untuknya. Keluarga kami gembira seorang yang tidak disangka ialah saudara saya.
Keesokan harinya, ibu saudaraku datang untuk membawanya balik ke Indonesia kerana dia harus pergi ke sekolah. Kami sekeluarga sedih dia harus pergi tetapi kami janji kami akan melawatnya apabila kami ke Indonesia.

0 ulasan: